28 Mei 2017 - 01:31
Rejim Arab Saudi Hanya Percaya Kepada al-Quran Secara Zahirnya Sahaja: Syed Ali Khamenei

Pemimpin Revolusi Islam, Ayatullah Syed Ali Khamenei berkata bahawa para pemimpin Arab Saudi yang "tidak cekap" hanya mempecayai al-Quran secara zahirnya sahaja dan pada hakikatnya bertindak bertentangan dengan ajaran kitab suci itu sendiri.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Revolusi Islam, Ayatullah Syed Ali Khamenei berkata bahawa para pemimpin Arab Saudi yang "tidak cekap" hanya mempecayai al-Quran secara zahirnya sahaja dan pada hakikatnya bertindak bertentangan dengan ajaran kitab suci itu sendiri.

"Malangnya pada hari ini, masyarakat Islam, sepertimana masyarakat lainnya sedang menghadapi pelbagai masalah dan nasib sebahagian daripada masyarakat Islam juga berada di tangan para individu yang tidak cekap seperti kerajaan Arab Saudi," kata beliau di dalam sebuah majlis pembacaan al-Quran yang dianjurkan pada jari Sabtu.

"Individu seperti ini berpegang kepada al-Quran secara zahirnya sahaja. Mereka juga mencetak jutaan naskah al-Quran. Akan tetapi, secara praktiknya mereka sangat rapat dengan orang kafir (yang memerangi Islam -ABNA24). Sebuah perkara yang bertentangan dengan ajaran al-Quran sendiri," kata beliau lagi.

Beliau turut mengecam tindakan keras sesetengah pihak di Bahrain dan Yaman. Menurutnya, tindakan yang bersifat anti-agama itu adalah tidak sah dan pasti akan berakhir dengan kegagalan.

Menurut beliau, saat kejatuhan mereka bergantung kepada tindakan masyarakat Islam itu sendiri. Jikalau umat Islam bertindak dengan tepat, kejatuhan mereka akan dipercepatkan, katanya. -ABNA24

/315